PENGURUSAN SIJIL DIGITAL PENGGUNA


Pengurusan Sijil Digital Pengguna meliputi proses permohonan baharu, pembaharuan, pembatalan dan penggantian Sijil Digital Pengguna. Pihak yang terlibat dalam pengurusan Sijil Digital Pengguna ialah Agensi Peneraju, Agensi Pelaksana, Agensi Sektor Awam dan CA. Oleh itu, bagi menjamin keseluruhan proses pengurusan Sijil Digital Pengguna yang boleh dipercayai, kesemua prosedur terlibat di dalam proses pengurusan Sijil Digital Pengguna perlu dipatuhi oleh semua pihak.


Permohonan Baharu Sijil Digital Pengguna

Pembaharuan Sijil Digital Pengguna

Pembatalan Sijil Digital Pengguna

Penggantian Sijil Digital Pengguna

PENGURUSAN SIJIL DIGITAL PELAYAN


Pengurusan Sijil Digital Pelayan meliputi permohonan baharu, pembaharuan dan pembatalan Sijil Digital Pelayan. Pihak-pihak yang terlibat dalam proses pengeluaran Sijil Digital Pelayan ialah Agensi Sektor Awam, Agensi Peneraju dan CA manakala pihak yang terlibat dalam pengurusan Sijil Digital Pelayan terdiri daripada Pemohon, Pegawai Teknikal dan Pegawai Pengesah.


Permohonan Baharu

Permohonan Pembaharuan

Permohonan Pembatalan

PENGURUSAN SIJIL DIGITAL LATIHAN ATAU UJIAN


Pengurusan Sijil Digital Latihan atau Ujian melibatkan proses permohonan baharu, pembaharuan, pembatalan serta penggantian Sijil Digital Latihan atau Ujian.


Permohonan Baharu

Permohonan Pembaharuan

Permohonan Pembatalan

Permohonan Penggantian

KHIDMAT NASIHAT DAN KONSULTASI


Khidmat nasihat berkaitan Perkhidmatan MyGPKI diberikan oleh Agensi Peneraju kepada Agensi Sektor Awam bagi menangani isu atau masalah yang telah dikenal pasti dan boleh diselesaikan dengan kadar segera. Panduan dan bimbingan kepada Agensi Sektor Awam akan diberikan semasa sesi khidmat nasihat. Agensi Sektor Awam yang ingin mendapatkan khidmat nasihat boleh mengemukakan permohonan khidmat nasihat menerusi surat atau e-mel.


MEJA BANTUAN DAN KHIDMAT SOKONGAN TEKNIKAL


Perkhidmatan meja bantuan dan sokongan teknikal disediakan kepada Pengguna GPKI untuk membuat aduan terhadap permasalahan operasi atau teknikal dan mengemukakan pertanyaan berkaitan Perkhidmatan MyGPKI.


Sokongan teknikal secara on-site akan diberikan kepada Pengguna GPKI sekiranya permasalahan tidak dapat diselesaikan secara dalam talian selepas mendapat kelulusan daripada Agensi Peneraju. Perkhidmatan Sokongan Teknikal di lokasi Pengguna GPKI akan dilaksanakan sekiranya Pengguna GPKI telah bersetuju dengan Tarikh dan Masa dan masa perkhidmatan Sokongan Teknikal yang akan dilaksanakan dan wakil daripada pihak agensi hendaklah hadir bersama. Pegawai teknikal akan melaksanakan proses pencarisilapan (troubleshooting) permasalahan dalam tempoh 48 jam di lokasi Pengguna GPKI.